Monday, June 29, 2009

BUKAN BOMBAY


TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku bukan di BOMBAY

Inilah suasana bandar Jubail di ARAB SAUDI pada hari jumaat.Tiap minggu inilah keadaan nyer. Bandar Jubail akan bertukar menjadi seperti di Bombay.Semuanye keluar ke sini.Macam macam lah aktiviti yang pelik pelik dia orang ni, ada yang duduk kat tengah divider lah ape lah.Kalau ditengok betul betul memang takde sorang pun pak arab kat sini.












PESTA KERETA





Inilah sekitar pesta kereta yang aku pergi tempoh hari.Sane sini bising dengan bunyi orang melelong kereta dalam bahasa arab.Dalam kepala aku ni tak tau lagi nak pilih yang mane satu.Semuanye berkenan dihati.Pening dibuatnye sampai tak tidur malam aku pikir.Kalau datang sini bolehlah discuss dengan direct owner.Kebanyakkan kete kat sini dijual oleh owner nyer sendiri.Itupun kalau pandai cakap arab.Kalau tak pandai macam itik dengan ayam lah jawapnyer.Rata rata nyer pak arab arab kat sini banyak tak pandai speaking.Kalau dah pandai terlajak tu macam ala ala us lah pulak bunyi nye.






Inilah brand kereta yang boleh dikatakan glamour kat sini.Pak pak arab suka sangat beli kete lambang macam ni.Walaupun banyak kete GMC, Chevrolet kat sini tapi company GM nak lingkup jugak.......

Thursday, June 18, 2009

Sunday, June 14, 2009

RUMAH TANGGA BAHAGIA

PETUA-PETUA UNTUK SUAMI

Petua Menjaga Hati Isteri

1.) Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
2.) Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
3.) Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4.) Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cuba lah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.
5.) Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain
6.) Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7.) Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8.) Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9.) Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10.) Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
11.) Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
12.) Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


Petua Menjaga Hati Isteri

1.) Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri
2.) Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
3.) Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
4.) Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
5.) Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami


Untuk Sang Suami

1.) Fahamilah isterimu, janganlah cepat menghukum jika dia buat karenah.Anda perlu sedar, semua yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.
2.) Isterimu merupakan makhluk yang dijadikan ALLAH dengan fizikal yang lemah, lantas selalulah membantu kerja isterimu dan tidak membebankannya dengan kerja yang berat.
3.) Sentiasalah mencari jalan menghibur isterimu dengan bercerita sesuatu yang menghidupkan jiwa, memberi pengisian iman, memberi ilmu yang mendidik dan sekali sekala membawa berjalan. Bersama-sama mendidik anak-anak, sesekali membantunya memasak, membasuh dan lain-lain kerja dengan penuh rasa tanggungjawab
4.) Janganlah berkecil hati atau terlalu berkira dan cerewet terhadap isteri jika kurang mendapat layanan istimewa kerana anda perlu faham bahawa isterimu sibuk menguruskan rumah, melayani anak, memasak,membasuh pakaian dan mungkin ditambah dengan bebanan kerja jika dia seorang yang bekerja.
5.) Jika isterimu keletihan atau sakit, bantulah merawatnya dan senangkan hatinya.
6.) Di kala isterimu bersedih, hiburkanlah dengan kata-kata yang menceriakan atau menenangkan. Jika fikiran isterimu berserabut dengan masalah, ingatkanlah dengan janji-janji Allah, atau ajaklah keluar untuk merehatkan fikirannya.
7.) Kalau isteri bermasalah dalam mendidik anak atau rumahtangga, bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian.
8.) Di kala isterimu melayanimu dengan layanan yang istimewa, ucapkanlah terima kasih dan hargailah khidmat isterimu itu. Panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH yang mengistimewakan dirimu ke atas isterimu itu.
9.) Berakhlak dan berilah layanan yang terbaik kepada isterimu. Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang Mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling berakhlak dan bersikap lembut terhadap isterinya."


PETUA-PETUA UNTUK ISTERI

i.) Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya. Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
ii.) Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan: Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.
iii.) Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)
Keterangan: Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku. Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.
iv.) Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan: Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.
2) Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: " Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi."
3.) Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
4.) Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."
5.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i.) Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali. ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah dia dimaafkannya. iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali."
6.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya".
Keterangan: Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.
7.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya."
Keterangan: Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
8.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya"
Keterangan: Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.
9.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
10.) Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i.) Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii.) Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii.) Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
iv.) Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami."
Keterangan: Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.
11.) Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan."
Maka baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya."
Berkatalah perempuan itu: "Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada"
12.) Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.
13.) Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
14.) Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.
15.) Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.
16.) Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.
17.) Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
18.) Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga"
19.) Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.
20.) Memasak mengikut selera atau kesukaan suami. Keterangan: Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
21.) Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak
22.) Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, megipas dan lain-lain.
23.) Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
24.) Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
25.) Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
26.) Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
27.) Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

Saturday, June 13, 2009

AMINES VACANCIES

Buat pengetahuan kawan kawan yang berada di Malaysia Amines Department iaitu departmen akulah memerlukan banyak lagi tenaga kerja walaupun kilang nya tak tau lagi bila nak siap tetapi bos aku memang nak memenuhkan semua vacancies sebelum plant siap nanti.Aku pun tak tau lah macam mane orang arab punya planning walaupun sekarang ni tiang pun belum nampak pacak lagi dekat site.Dengar dengar dari bos bos desas desusynya Amines akan memulakan productionnya on early 2012.Itu pun kalau tak delay lah kot.Tapi jangan bimbang lah as per bos aku amines plant tetap akan siap cuma lambat dengan cepat jer.Sape sape yang nak datang tu tak yah risau lah pasal kontraknya ya.Mungkin sepuluh tahun pun korang nak duduk sini tak de masalah.Sanggup dengan tak sanggup jelah.Berkemungkinan jugak geng geng amines yang dah sedia ada tu (akulah tu) akan dihantar ke department lain utuk membantu start up kot InsyaAllah.Sebab plant saudi kayan ni bapak nyer besar, vacancies untuk department lain pun melambak lagi.Dah aku tulis macam ni jangan pulak yang dah berniat tu patah semangat.Aku cuma nak bagi info jer.

Pada sape sape yang dah bagi resume kat aku hari tu, aku mintak maaf banyak banyak pasal bos aku tak dapat pergi Malaysia untuk interview campaign bermula 13 June minggu nilah Dia bagi tau kat aku aku bagi resume last minute.Tapi dia akan tetap akan pergi ke Malaysia untuk interview korang semua, tu pun kalau korang tak patah semangat lagi.InsyaAllah 2 bulan lagi kot.Interview tu special untuk amines sahaja dialah yang cakap macam tu, aku cuma sampaikan aje lah.Pada sape sape yang bagi resume tu be prepare.Ake akan mengupdate kan statusnya nanti pada Focal Pointnya nanti iaitu ex supervisor shift C @ kaki sembang.Kalau aku duduk kat DCS dulu ada aje dia datang sembang.Kalau dia datang sini boleh jugak aku dengar dia sembang.Pasal kete minilah, pasal superbike lah, pasal basikal lah.Kalau dia datang sini tak tau lah aku ape pulak dia nak sembang pasal kat sini tak de semua benda benda tu.Aku pun tak tau kenapa dia nak datang kat sini.Terbako dengan set set department aku dulu kot.Maklumlah ramai yang dah jadi bikers dan nak jadi bikers.Yang aku tau cuma dua orang je.Yang lain tu tak taulah, nak nak yang sorang tu name Mxxi tu.



Pedoman Buat Kawan Kawan Yang Nak Datang Sini

  • Janganlah nak anggap kat sini atau pun nak compare dengan MAlaysiamemang jauh bezalah.Daripada segi servis dekat sini memang jauh ketinggalan.
  • Banyakkan bersabar dengan orang arab ni
  • Banyak lagilah aku pun tak tau nak tulis macam mane.Senang kate no words can describe
  • NAk tau lanjut kenelah datang sendiri

Kereta Baru



Mamat ni tumpang bergaya dengan tuan kereta.....Beli sendirilah........














Wednesday, June 10, 2009

GATHERING DAY



Mintak maaf.Sebab blog aku ni tak tersusun dengan teratur dia punya kesinambungannya sebab aku just update sekaligus je.Tu pun setelah di komplen dengan kawan aku yang buka blog aku hari tu sebab langsung takde ape isi.





Pingin Pulang



Proffesor Klon



Expat Only ya. Bukannya aku yang kerja dekat India

Tuesday, June 9, 2009

SEHARIAN DI TEMPAT KERJA

RED OFFICE


Inilah kerja seharian geng geng ni.Asyik pergi meeting dekat kantor merah aje macam takde kerja lain nak buat.


Sekarang ni sume tengah busy tu............... tapi sumenye busy surf internet je.......maklumlah plant pun tak tau lah bila nak siap.........





FUTURE KERETA KAWAN AKU


YANG NI KETE SAPE YE ?





Inilah kereta yang mungkin dibeli oleh salah seorang dari sahabat aku di kayan ni nanti.Kita tunggu saje kete ni keluar nanti.Tu pun kalau di approve oleh...................Harganye memang tak payah cakap lah jauh lebih murah daripada kat Mesia lah.Kalau kat Mesia kete macam ni mungkin lebih daripada 150K kot.Pada sahabat sahabat yang kat company dulu tu especially yang pakai kete yang same brand to FORD tak rase tercabar ke ?