Wednesday, October 21, 2009

MERONDA DI KHOBAR



SALAM.....Buat kali pertamanye aku meronda ngan family aku di saudi nih....Kalau tak ngan geng bujang jelah....melayan khobar nih.....Tujuan utama kita orang ke khobar adalah untuk pergi IKEA....biasalah family baru sampai macam2 lah benda yang kurang kat rumah baru dia orang nih....tapi selama aku duduk sorang kat sini cukup jer kan....biasalah......kita orang sampai di khobar kul 3ptg rasa nye....perjalanan kira kira sejam lah dari umah aku....sampai aje kat pintu IKEA tu tiba2 macam ttp lah pulak.... hari jumaat rupa2 nye dia bukak kul 4 lah pulak...terpaksalah aku bawa dia orang pergi pusing2 kat bandar khobar nih.Nak pergi shoping compleks lain pun bukak kul 4 jugak.....Tulah yg susah kalau nak berjalan kat sini.Tgk pada gaya pak arab yg berbiznez kat sini mcm nak tak nak jer bukak kedai.Baik aku bawak dia orang melayan kat tepi laut jelah...........




Monday, October 19, 2009

Mengapa Kebanyakan Penghuni Neraka Adalah Wanita


Mengapa Kebanyakan Penghuni Neraka Adalah Wanita?



Bismillahir-Rahmanir-Rahim

Assalamu 'Alaikum wr wbt

Hadis berkenaan tajuk di atas sedia diketahui umum. Bahkan di masjid, surau dan musolla sering diberi peringatan tentang hadis-hadis berhubung dengan ancaman-ancaman terhadap wanita yang telah diwasiatkan oleh Rasululllah saw 14 abad yang lalu.

Apa yang kita cuba ketengahkan di sini ialah sejauh mana kesedaran kaum wanita terhadap pesanan, wasiat dan ancaman ini.

Adakah ancaman dan amaran Rasulullah ini ditujukan kepada wanita-wanita yang tidak beriman?

Adakah ancaman ini ditujukan kepada wanita-wanita yang tidak bersolat, tidak berpuasa dan tidak bersedekah?

Jika diteliti, hampir kesemua hadis berkenaan adalah ditujukan secara khusus oleh Rasulullah saw kepada para wanita Islam kerana wanita-wanita kafir yang mati dalam keadaan kafir, tempat kembalinya adalah neraka kecuali jika dikehendaki Allah sebaliknya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Memenuhi janji-Nya!

Sabda Rasulullah saw :

" Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: " Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : " Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Muslim)

Sabda Rasulullah saw :

" Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: " Mengapa demikian ya Rasulullah? " Baginda menjawab: " Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah saw :

" Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. " (Thabarani di dalam al-Awsat)

Petunjuk Rasulullah saw dalam hadis-hadis ini dan juga banyak hadis lain sangat jelas mengaitkan sebab-sebab wanita dihumban ke dalam neraka. Iaitu kerana derhaka kepada suami. Kebanyakan wanita Islam yang menunaikan solat dan tanggungjawab lain di dalam agama gagal memerhatikan petunjuk utama Rasulullah saw ini. Mereka tahu ancaman tersebut secara nyata tetapi suasana kehidupan moden yang penuh dengan cabaran dan mengejar impian kerjaya membuatkan mereka diselubungi kegelapan. Seringkali mereka tersungkur di hadapan keindahan duniawi serta kemewahannya. Pada beberapa ketika mereka bangkit daripada jatuh dan cuba menuju cahaya kebenaran, nafsu dan Iblis sedia menanti untuk menarik mereka kembali ke jalan kesesatan.

* diolah daripada artikel asal .

Tuesday, October 13, 2009

FROM KTN MALAYSIA TO JUBAIL KSA


Jom balik umah papa itulah yg keluar dari mulut si sina nih.....lps dah lama ddk kat KLIA nih....sedih pulak aku tgk dia dah letih walaupun perjalanan baru nak bermula.........



Tanggal 29 sept 2009 tamatlah cuti aku di Malaysia nih.Walaupun aku akan start kerja lagi tiga hari lagi lps sampai di Saudi nanti...berat sungguh aku nak pergi negara padang pasir kali nih walaupun aku dah bawak family kali ni.....Biasalah hujan emas negara orang hujan batu negara sendiri......aku pilih hujan emas.....ha nah ambik lah engkau emas tuh..... kalau tak bawak lagi dia orang kali ni mau nyer tak terangkat kaki aku nihh nak tgl dia orang kat Malaysia ni....Dulu2 masa aku cuti & balik semula ke saudi sorang2 terasa jugaklah nak mengalir air hidung nih....ha ha ha biasalah sape lah yg tak sedih kan.....hah nilah schedule connecting flight aku KUANTAN(1020) - KUALA LUMPUR(1700) - RIYADH(2145) - DAMMAM(2230) - JUBAIL(Teksi lah yg ni)Alhamdulillah sampai jugak aku & family di Saudi nihdlm kul 1030 malam tp waktu malaysia nye rase nyer dalam kul 5 pagi kot......perg letih nye tak yah nak cite lah...........Sebelum terlupa aku nak ucapkan bebanyak time kasih pada kedua org tua aku kedua mertua aku kerana menghantar kami di airport hari tu.....yelah kalau tak dia orang sape lagi kan........




RAYA & THE BIKERZ



Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada kawan kawan.......
TIDAKKKKKKKK hati aku betul betul terbakar melihat kawan kawan aku berbikerz......ada jugak dalam kepala hotak aku nih kalau aku kerja kat mesia lagi ni mesti aku pun joint jugak geng bikerz ni......Tapi InsyaAllah kalau di izinkan aku pun rase nak sambar jugak sejibi......ha ha ha ha......ni lah kerana dek racun geng geng ni memang terbakar giler lah.....Aku ucapkan terima kasih pada geng bikerz dan ada ugak yg tak berape bikerz tu kerana sudi datang umah aku beraya walaupun tujuan sebenar nye nak tunjuk superbike dia orang jer......tapi tak pelah terima kasih lah jugak diucapkan........



RAYA 2009














Monday, July 27, 2009






sebelum keberangkatan aku & kawan kawan ke Madinah




Bismillah...............Disini aku nak cite sikit pasal perjalanan aku tempoh hari ke Madinah.......Keputusan nak ke sana dibuat dalam tempoh 2 hari je.Tiba tiba dah hati terbukak nak pegi ke Madinah naik kete sendiri kan boleh jugak aku test performance kete second hand yang aku baru beli tu.Cabut dari tempat kerja seawal yg boleh lah.Maklumlah dept aku sekarang ni semua operator dok melenggok tgk pc je tak de kerja nak buat.Baik aku cabut awal pergi Madinah kan.Aku bertolak lebih kurang jam 2:30 petang setelah semua dah settle dan ready untuk meredah ribut pasir yang melanda di saudi nih.Kalau kat mesia redah hujan lah maknenye.Perjalanan untuk sampai ke Madinah ni mengambil mase dalam 14 jam lah kalau tak salah aku.Itupun berapa banyak berenti da.........Alhamdulillah lah kete secondhand aku selamat pergi dan balik tanpa sebarang masaalah di sepanjang perjalanan....










Inilah pemandangan ribut pasir kat saudi nih






Inilah 3 orang tok sheikh 2 dari mesia dan sorang indonesia

















Sunday, July 12, 2009

KISAH PEDOMAN BUAT ISTERI

Kisah bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Puaskah Siti sayangku..?" "Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Tuesday, July 7, 2009

AMINES OPEN DAY LAGI
















MENU BUJANG DI SAUDI


Hahhhh ini lah menu menu seharian aku disini............Sape lagi kalau bukan aku cef nyer.........Ini banyak aku belajar daripada bini aku lah sape lagi.Time kasih buat isteri tercinta............Kat sini kalau tak masak sendiri jawap nye makan roti @ briyani jelah kalau nak harapkan kedai makan kat sini........
















GENERASI 2 (GEN 2)


Salammmmmmm..................... inilah gambar kereta Malaysia yang sempat aku snap dalam perjalanan balik dari interview tempoh hari he he he. Jarang jarang jumpa dekat sini nih.Bangga jugak aku kereta negara aku wujud kat sini.Tapi sedih pun ada kalau tengok keadaaan kete macam nih dikerjakan pak arab...........Yelah munkin spesis kete ni kurang kat sini susah nak cari spare part kot..................

Friday, July 3, 2009

MAKAN MAKAN KAT RUMAH PAK ARAB

Nilah cef cef tgh membuat persiapan

Salam.....................nilah aktiviti aku time cuti minggu lepas.tapi disebabkan kesibukan dan kemalasan aku mengupdate blog sebab tu lah terdelay seminggu........Sebenarnye dah lame dah pak arab ni ajak geng geng ni datang umah dia buat satay.Tapi masing masing sibuk dengan aktiviti sendiri jadi aktiviti satay ni dah terdelay lebih kurang 2 ke 3 bulan macam tulah.....





Bila dah penuh semuanye nak menyandar dah...........













Monday, June 29, 2009

BUKAN BOMBAY


TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku bukan di BOMBAY

Inilah suasana bandar Jubail di ARAB SAUDI pada hari jumaat.Tiap minggu inilah keadaan nyer. Bandar Jubail akan bertukar menjadi seperti di Bombay.Semuanye keluar ke sini.Macam macam lah aktiviti yang pelik pelik dia orang ni, ada yang duduk kat tengah divider lah ape lah.Kalau ditengok betul betul memang takde sorang pun pak arab kat sini.












PESTA KERETA





Inilah sekitar pesta kereta yang aku pergi tempoh hari.Sane sini bising dengan bunyi orang melelong kereta dalam bahasa arab.Dalam kepala aku ni tak tau lagi nak pilih yang mane satu.Semuanye berkenan dihati.Pening dibuatnye sampai tak tidur malam aku pikir.Kalau datang sini bolehlah discuss dengan direct owner.Kebanyakkan kete kat sini dijual oleh owner nyer sendiri.Itupun kalau pandai cakap arab.Kalau tak pandai macam itik dengan ayam lah jawapnyer.Rata rata nyer pak arab arab kat sini banyak tak pandai speaking.Kalau dah pandai terlajak tu macam ala ala us lah pulak bunyi nye.






Inilah brand kereta yang boleh dikatakan glamour kat sini.Pak pak arab suka sangat beli kete lambang macam ni.Walaupun banyak kete GMC, Chevrolet kat sini tapi company GM nak lingkup jugak.......